AbstractKajian ini cuba untuk memahami makna leksis kata kunci darah yang kerap dijadikan lambang atau simbol dalam peribahasa Melayu. Dengan menelusur sub korpus data peribahasa yang berpangkalan di www.malaycivilization. com/, sebanyak 116 peribahasa berkaitan darah telah diklasifikasikan mengikut kategori-kategori tertentu, berdasarkan prinsip kognitif. Hasil analisis menunjukkan bahawa berlaku perubahan domain dalam memaknakan leksis kata kunci darah, bermula daripada domain [cecair] yang memerikan darah dalam dua kategori iaitu kategori umum (darah ialah darah) dan kategori khusus (darah mewakili penyakit dan warna), membawa kepada domain [perasaan] dan [sikap]. Perubahan domain membuktikan kehalusan dan ketajaman akal budi orang Melayu dalam memerikan gaya komunikasi berbahasa.
Kata Kunci peribahasa; makna; komunikasi...