UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Husnil Amin Zakaria |
1 | 2021 thesis | Kajian terhadap potensi busking sebagai aktiviti pengayaan bagi mengembangkan kemahiran persembahan muzik berdasarkan pendekatan kontekstual Husnil Amin Zakaria Kajian ini bertujuan menjelaskan potensi busking sebagai aktiviti pengayaan bagi
mengembangkan kemahiran persembahan muzik berdasarkan lapan komponen pendekatan
kontekstual. Terdapat dua objektif kajian iaitu mengenal pasti kemahiran persembahan
muzik yang dapat diperkembangkan melalui aktiviti busking dari aspek muzikal dan bukan
muzikal seterusnya menjelaskan potensi busking sebagai aktiviti pengayaan bagi
mengembangkan kemahiran persembahan muzik berdasarkan lapan komponen pendekatan
kontekstual. Pendekatan kualitatif digunakan untuk tujuan kajian ini dengan melibatkan
empat kaedah pengumpulan data iaitu temu bual pra dan pasca-busking, temu bual
kumpulan fokus, pemerhatian dan nota lapangan. Kajian ini melibatkan 4 orang pelajar
diploma Kursus Aplikasi Muzik yang bertindak sebagai subjek serta informan dan 4 orang
informan yang merupakan tenaga pengajar Kursus Aplikasi Muzik. Analisis terhadap data
yang diperoleh menunjukkan bahawa aktiviti busking dapat memperkembang pe..... 373 hits |
2 | 2021 article | Kajian terhadap potensi program Busking oleh pelajar UPSI di Gerbang Seni, Lorong Mural, Tanjung Malim sebagai aktiviti pengayaan bagi mengembangkan kemahiran persembahan Muzik berdasarkan pendekatan kontekstual Husnil Amin Zakaria Busking merupakan persembahan jalanan yang berfungsi sebagai sumber menjana pendapatan dengan menghiburkan orang awam di sesuatu tempat. Disebalik pelbagai kajian yang dijalankan terhadap busking, terlalu sedikit yang meninjau fungsinya sebagai medium dalam pendidikan. Artikel ini adalah berdasarkan kepada satu kajian yang telah dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji potensi busking sebagai aktiviti pengayaan bagi mengembangkan kemahiran persembahan muzik berdasarkan pendekatan kontekstual. Pendekatan kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual pra dan pasca-busking, temu bual kumpulan fokus serta nota lapangan. Artikel ini berfokus kepada mengenal pasti kemahiran persembahan muzik yang dapat diperkembangkan melalui aktiviti busking. Untuk tujuan ini, data dipungut dengan membuat menemu bual subjek dan informan serta membuat pemerhatian terhadap sekumpulan buskers. Subjek kajian terdiri daripada empat orang pelajar diploma Kursus Aplikasi Muzik m..... 197 hits |