UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Ida Roziana Abdullah
1
Abstract
Tujuan  kajian  ini  untuk  menganalisis  ciri-ciri  perwatakan  wanita  Melayu Islam dari perspektif feminisme Barat dan Islam. Objektif kajian adalah untuk menganalisis  perwatakan wanita Melayu Islam berasaskan Konsep Feminisme Talbiah,  mengaplikasikan  Konsep   Feminisme  Talbiah  terhadap  karya-karya prosa  Aminah  Mokhtar  dan  membangunkan  kerangka   konsep  Feminisme Talbiah  berasaskan  model  Elaine  Showalter  dan  Yusuf  al-Qardhawi.  Kajian  ini  menggunakan  reka  bentuk  kajian  kepustakaan  dan  analisis  dokumen. Pengkaji telah  menggunakan empat elemen ginokritikan oleh Elaine Showalter dan enam elemen kedudukan wanita dalam  Islam menurut Yusuf al-Qardhawi. Elemen-elemen ini digunakan untuk membentuk Konsep Feminisme  Talbiah. Dapatan  kajian  mendapati  ginokritikan  mempunyai  kelompangan,  iaitu  tidak  bersandarkan  kepada  pegangan  Tauhid  dan  bertentangan  dengan  perwatakan wanita  Melay.....
Thesis Published 2018 6107 hits Available
2
Abstract
Senario  kini  menunjukkan  pembangunan  modal  insan merupakan satu agenda yang penting dalam  pembangunan Malaysia  kerana selaras perjuangan  misi  negara dalam konteks menghadapi cabaran  keempat yang terdapat dalam Wawasan 2020, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang  kukuh   ciri-ciri  moral  dan  etikanya  dengan  para warganya  mempunyai  nilai  keagamaan  clan   kerohanian yang teguh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Sehubungan  dengan  itu,   kajian  yang  dijalankan  ini merupakan   kajian   teks,   iaitu   menganalisis   dan membincangkan   novel  Imam  karya  Abdullah  Hussain berdasarkan    pembangunan   modal   insan  dengan  bersandarkan  prinsip kedua dalam teori Takmilah, iaitu Prinsip Kerasulan Sebagai lnsan Kami/ dan  prinsip ini juga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu insan Khalifah, insan Rabbani dan insan  Kami/. Oleh itu daripada kajian ini pengkaji dapat membuktikan bahawa .....
Thesis Published 2010 724 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.