UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Ilanchelvan Sivanadhan
12025
Thesis
Keberkesanan pendekatan komunikatif dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Tamil murid tingkatan 2
Ilanchelvan Sivanadhan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Pendekatan Komunikatif dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tingkatan 2. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif kajian utama, iaitu mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Tamil murid selepas pelaksanaan Pendekatan Komunikatif dan menganalisis keberkesanan pendekatan tersebut dalam meningkatkan kemahiran bertutur murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan. Seramai 30 orang murid Tingkatan 2 dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca kemahiran bertutur yang dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan (TP1-TP6) seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Intervensi dijalankan selama enam minggu melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti komunikasi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tahap penguasaan kemahiran bertutur muri.....

112 hits

22025
Thesis
Analisis pengamalan Pdpc kesusasteraan Tamil SPM dalam didik tv
Ilanchelvan Sivanadhan
Kajian ini bertujuan menganalisis pengamalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) subjek Kesusasteraan Tamil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disiarkan melalui saluran Didik TV oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kandungan PdPc Kesusasteraan Tamil dalam Didik TV, mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar, serta menganalisis keberkesanan PdPc tersebut terhadap pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur. Data dikumpulkan melalui analisis episod pendidikan Didik TV, perbandingan kandungan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), serta temu bual melibatkan guru dan pelajar Kesusasteraan Tamil SPM. Analisis kajian dipandu oleh Teori Pembelajaran Multimedia yang diasaskan oleh Richard Mayer (2001). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan Kesusasteraan Tamil dalam Didik TV secara umumnya selari dengan DSKP dan berpotensi menyokong pembe.....

81 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.