UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Intan Fairuzzah Abdullah |
1 | 2012 Thesis | Menganggarkan kerugian output ketidakhadiran guru di sekolah Intan Fairuzzah Abdullah Guru merupakan guna tenaga yang menyumbangkan produktiviti dalam ekonomi. Kos
sumber manusia dalam pendidikan adalah penting oleh pihak kerajaan dan negara. Ketidakhadiran guru
dikaitkan dengan pengurangan produktiviti iaitu kerugian ekonomi dari sudut output. Tujuan kajian
ini ialah untuk menganggarkan kos yang telah ditanggung oleh kerajaan atau pelajar akibat daripada
ketidakhadiran guru di sekolah sama ada disebabkan oleh cuti yang telah diambil dan urusan rasmi
yang merangkumi unit kurikulum, ko kurikulum dan hal ehwal murid. Kajian ini juga mengenal pasti
sebab-sebab ketidakhadiran guru di sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kajian
berbentuk kajian kes yang melibatkan 78 orang guru di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di
Selangor (Sekolah A) dan 115 orang guru di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan di Kuala Lumpur
(Sekolah B). Dapatan kajian menunjukkan di sekolah menengah, pengambilan cuti sakit di klinik
swasta atau di hospital swasta a..... 452 hits |
2 | 2024 Thesis | Pengaruh input pelajar dan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian subjek Ekonomi pelajar tingkatan enam Intan Fairuzzah Abdullah Objektif kajian ialah menentukan pengaruh input pelajar dan sokongan pembelajaran
terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Ekonomi di tingkatan enam. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Seramai 361 orang
pelajar tingkatan enam terpilih dengan menggunakan teknik pensampelan berkelompok
dan berstrata daripada tiga buah negeri dalam zon selatan iaitu Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor. Instrumen kajian menggunakan item yang diadaptasi daripada kajian
lepas dan telah melalui proses pengesahan indeks kesahan kandungan, analisis
penerokaan faktor dan kebolehpercayaan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif dan inferens, iaitu ujian-t sampel bebas dan regresi berganda. Dapatan kajian
menunjukkan tahap pencapaian pelajar bagi kertas Mikroekonomi dan Makroekonomi
ialah masing-masing sama dengan lulus penuh sebanyak 71.5 dan 63.7 peratus. Analisis
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai asas ekonomi peringkat SPM adalah
lebih ba..... 283 hits |