|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 4 |
| Simplified search suggestions : Ismail Muhamad |
| 1 | 2016 Thesis | Ekspresi kendiri dalam lukisan kanak-kanak autisme di sebuah sekolah kebangsaan integrasi Ismail Muhamad Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak autisme dalam kelas seni visual. Seramai empat orang daripada 55 orang kanak-kanak berkeperluan khas yang mendaftarkan diri di Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Sri Langat telah dipilih sebagai partisipan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan secara temu bual dan pemerhatian. Menerusi temu bual dengan responden serta analisis lukisan kanak-kanak autisme (lukisan partisipan), didapati kanak-kanak ini banyak menggunakan imaginasi, bersedia untuk mencuba sesuatu yang berlainan dan berani memaparkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Kanak-kanak autisme ini juga cenderung melukis berdasarkan minat, pengalaman, pemerhatian yang teliti dan perkara-perkara yang menyentuh hati mereka. Kesimpulannya, kajian ekspresi diri dalam lukisan menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme boleh mengekspresi dirinya melalui lukisan dan b..... 6456 hits |
| 2 | 2016 Thesis | Impak kilang simen terhadap penghasilan PM10 di Rawang, Selangor Darul Ehsan Mohamad Ihsan Muhamad Ismail Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola taburan dan menentukan sejauh mana jarak dan parameter cuaca (suhu, halaju angin dan kelembapan) mempengaruhi serakan partikel terampai (PM10) di sekitar kilang simen Rawang; mengukur paras kosentrasi partikel ampaian secara mendatar; dan menilai pola partikel ampaian dan kaitannya dengan parameter cuaca tersebut. Data primer kajian diperoleh daripada kajian lapangan melalui pencerapan PM10, PM2.5, suhu, kelembapan, dan kelajuan angin di Rawang (kawasan kajian) dan Batang Kali (kawasan kawalan). Terdapat 11 lokasi pencerapan setiap satu di kawasan kajian dan kawasan kawalan. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif, ujian Kolerasi Spearman r, Regresi non-linear dan Regresi Pelbagai Stepwise. Hasil kajian mendapati jarak sangat mempengaruhi serakan partikel. Pola serakan partikel terampai di Rawang mempunyai hubungan yang berbeza-beza dengan parameter, iaitu hubungan sangat kuat antara jarak, dan dengan suhu, hubungan kuat deng..... 1595 hits |
| 3 | 2017 Thesis | Faktor peramal dalam model ramalan mengenal pasti bakat sukan bola sepak dalam kalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun Muhamad Hafiz Ismail Kajian longitudinal ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal bakat sukan bola sepak dalam
kalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun. Persampelan rawak mudah yang melibatkan
responden elit (n=20) responden sub elit (n=20) pemain bola sepak lelaki. Statistik
deskriptif dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Analisis statistik inferensi
digunakan bagi melaporkan status kebolehpercayaan, ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t
sampel berpasangan dan analisis regresi berganda. Pada amnya terdapat perbezaan min
ketinggian, kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, orientasi
tugasan, kebimbangan kognitif, keyakinan diri, kemahiran menimang, kemahiran hantaran
dekat, kemahiran menggelecek dan kemahiran menjaring bagi 20 pemain bola sepak elit dan pemain bola
sepak sub elit. Sehubungan i..... 2581 hits |
| 4 | 2023 Thesis | Hubungan paras partikel terampai (PM10) dengan parameter meteorologi dan simptom penyakit pernafasan di Ipoh Perak Mohamad Ihsan Muhamad Ismail Kajian bertujuan untuk menentukan hubungan partikel terampai PM10 dan PM2.5 dengan
parameter meteorologi melibatkan suhu, kelembapan, kelajuan angin serta simptom penyakit
pernafasan iaitu batuk, selesema, bersin, dan sesak nafas. Kajian menggunakan kaedah
pencerapan di lapangan, borang soal selidik dan dapatan data sekunder dari Jabatan
Meteorologi Malaysia. Data mentah dari pencerapan, soal selidik dan data sekunder yang
diperolehi dianalisis secara deskriptif melibatkan purata, median, maksimum dan minimum
dan seterusnya dianalisis secara inferensi menggunakan ujian parametrik dan bukan
parametrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pola partikel terampai PM10 dan PM2.5
adalah sangat tinggi di bahagian pusat bandar dan tinggi di beberapa kawasan pinggir bandar
yang berdekatan dengan kawasan industri. Pola partikel terampai yang tinggi ini sangat
mempengaruhi parameter meteorologi terutamanya suhu dan parameter kelembapan juga
terkesan dengan pengaruh kekuatan yang sederhan..... 878 hits |