UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 9
Simplified search suggestions : Ismail bin Ibrahim
12012
article
Analisis trend hujan di bandaraya Ipoh Perak 1970-2007
Hashim Mohmadisa, Ismail Wan Ruslan, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Ibrahim Mohd Hairy,
Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. H.....

5403 hits

22014
article
Kesan pembandaran terhadap pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu
Ibrahim Mohd Hairy, Ismail Kamarul, Nazari Siti Shazlina,
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan aktiviti pembandaran terhadap fenomena Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu. Matlamat kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) yang berlaku di Kuala Terengganu kesan daripada aktiviti pembandaran di bandar ini. Kajian ini melibatkan dua data utama iaitu data primer melalui kajian lapangan dan data sekunder daripada Majlis Pembandaran Kuala Terengganu (MBKT). Kaedah rentasan suhu di lapangan dilakukan menggunakan kenderaan bermotor yang melibatkan sembilan buah stesen pencerapan yang meliputi kawasan pusat bandar hingga ke pinggir bandar bagi mengukur suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin selama dua minggu bermula dari 25 Jun 2013 hingga 8 Julai 2013. Waktu data dikutip adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam antara pukul 12:00-14:00 dan 19:00-21:00. Data ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS), Microsoft Window Excel dan perisian Geographic I.....

1673 hits

32003
monograph
Factors influencing the popularity of accounting at Malaysian higher school certificate
Ibrahim Mohd Yusoff, Tamby Chek Ibrahim, Ismail Khalid,
Accounting as a subject at Malaysian Higher School Certificate (MHSC) had declined its popularity, Contrary to the general perception of its economic value, students tend to prefer other alternative subjects than accounting. To revive the status of Accounting at MHSC, there is an urgent need to investigate the problems and to identify solutions. Past studies shed some lights on factors influencing students in choosing accounting in tertiary education. Among others are student's perception on accounting and accounting profession, job satisfaction, earning potentials, availability of employment, talent and social status. This paper reports the result of an empirical study examining the perceptions of students in the Lower Sixth Form towards Accounting. The data from 818 students was analyzed using non-parametric tests. The analysis has identified several contradictory perceptions towards Accounting among students. It also identified eleven factors which could have influenced the students.....

1472 hits

42014
article
Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan K-pekerja di Malaysia
Ismail @ Abd Wahab Aruna, Hamzah Hamizatul Azura, Osman Ibrahim, Mohd Nor Azlinda, Tee Tze Kiong,
Pelaksanaan SLDN di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan K-pekerja, iaitu pekerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan serta dilengkapi dengan nilai kemahiran sosial dan metodologi pembelajaran. Kajian tentang pelaksanaan SLDN di Malaysia menggunakan pendekatan mixed method, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan protokol temu bual. Responden kajian adalah terdiri daripada pengurus, penyelaras dan pengajar SLDN. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen kemahiran sosial serta metodologi pembelajaran masih di peringkat sederhana. Maka penerapan elemen-elemen ini perlu dipertingkatkan dalam penyampaian latihan dan ianya lebih berkesan apabila dilaksanakan di tempat kerja sebenar. Oleh itu, industri perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanaan pelaksanaan latihan ini. Kajian juga menunjukkan kurangnya penglibatan industri dan ini perlu dipertingkatkan bagi keberkesanan penerapan elemen-elemen tersebut. Hasil kajia.....

1951 hits

52017
article
Dakwah kepada golongan profesional di Pahang
Mokhtar Ahmad Effat, Hashim Ibrahim, Jemali Misnan, Ismail Abdul Munir,
1953 hits

62019
article
Tuan guru Haji Aabdul Latif bin Abdul Rahman (1938 –2010 ): Sumbangan kepada masyarakat Pengkalan Hulu Perak
Ismail bin Ibrahim
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif pada masyarakat Pengkalan Hulu. Beliau merupakan anak tempatan yang berbakti kepada penduduk terutama dalam bidang pendidikan. Oleh kerana jasanya yang besar kepada penduduk Pengkalan Hulu maka beliau dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1414 peringkat negeri Perak. Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini iaitu pertama untuk mengetahui sumbangan beliau kepada masyarakat setempat dan yang kedua pula ialah untuk mengetahui metode dakwah nya di Pengkalan Hulu. Selain itu, kajian ini jug bertujuan untuk mengetahui pendekatan yang diguna pakai oleh beliau ketika menjalankan aktiviti dakwah nya. Dalam menyelesaikan dan menyempurnakan kajian ini, dua metode digunakan iaitu metode perpustakaan dan temu bual bagi memperoleh maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam usaha dakwah nya dengan menggunakan pendekatan secara lembut terutama ketika berdakwah kepada kumpul.....

2598 hits

72020
thesis
Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (1938-2010) sumbangannya pada masyarakat Pengkalan Hulu
Ismail Ibrahim
Kajian ini bertujuan untuk memperhalusi sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman  pada  masyarakat  Pengkalan  Hulu.  Pengkaji  menggunakan  metod  temubual  bagi  memperolehi maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji. Dapatan kajian mendapati bahawa, beliau   adalah  seorang  tokoh  yang  sangat  mencintai  ilmu  pengetahuan  dan  bersungguh- sungguhnya   untuk  mendapatkannya  walaupun  terpaksa  kehilangan  kedua  ibu  dan  ayahnya. Beliau berjaya  mengubah lanskap kehidupan masyarakat  yang hidup dalam kejahilan agama dengan menubuhkan Madrasah  ad-Diniah al-Latifiah. Penubuhannya menjadikan masyarakat kampong  yang  dahulunya  kurang   mengamalkan  amalan  Islam  kini  berubah  menjadi  orang yang  taat  kepada  perintah  Ilahi.   Selain  dari  itu,  beliau  dilihat  sebagai  seorang  tokoh  agama yang  berjaya   membenteras    ajaran   sesat   dan   amalan   kurafat   yang  berakarÂ.....

1674 hits

82001
conference_item
DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang
Syed Abdullah Syed Ahmad,
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C.....

1436 hits

92001
conference_item
Raja Sore: satu snalisis strukturalisme dan Tipainduk
Jaafar Harun,
Kajian ini dilaksanakan ke atas satu daripada sekian banyak cerita-cerita rakyat yang terdapat di negeri Pahang. Judulnya ialah Raja Sore. Cerita termaklum dituturkan oleh Puan Silah binti Mat Lingga dari Kampung Lubuk: Payung, Tembeling Tengah, Pahang kepada Encik Shamsuddin bin Kassim dan Encik Zulkifli bin Salleh dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Rakaman cerita tersebut di buat pada 26 dan 27 Julai 1965 (Harun Jaafar dan Ismail Ibrahim 1994: x). Ditinjau dari sudut struktural, cerita berkenaan memperlihatkan kesepaduan yang mantap antara plot, perwatakan, dan motif untuk: menjelaskan .makna yang berlegar dalam minda pengarangnya. Apabila ditelusuri isi kandung cerita rakyat tersebut dari sudut tipainduk pula, terdapat sekurang-kurangnya dua eleman imej utama (primodial image) yang memerangkap dan menjerumuskan majoriti orang Melayu dalam pemikiran mythic yang boleh menjejaskan akidah dan melembabkan kemajuan mereka...

1440 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.