AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi masyarakat Iban terhadap tenunan pua sungkit di Batang Ai. Tiga objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti pua sungkit di kawasan Batang Ai, meneliti fungsi pua sungkit dalam kehidupan masyarakat Iban dan melihat perubahan dalam pembuatan pua sungkit yang melibatkan sepuluh buah rumah panjang di Batang Ai, Lubok Antu. Untuk mencapai objektif berkenaan, pengkaji melaksanakan kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan dengan mengaplikasikan teori budaya dan teori seni. Teori budaya berkaitan dengan tradisi dan aktiviti seharian yang dilakukan, manakala teori seni memperlihatkan warisan dan kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban. Sesi temubual dan soal selidik yang dijalankan melibatkan seramai lima puluh orang responden dan empat belas orang informan untuk menerangkan hubungkait di antara penghasilan pua sungkit ini dengan budaya masyarakat Iban. Sesi temubual mendapati beberapa orang informan yang masih sihat sanggup untuk menjad.....