AbstractKajian ini mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil daerah Tangkak dan Muar, Johor. Kajian ini juga mengkaji kedudukan lima
faktor utama dari kerangka model kajian yang mempengaruhi tekanan kerja yang dialami oleh
guru. Selanjutnya, kajian ini juga mengkaji faktor peranan demografi terhadap tekanan
kerja guru- guru tersebut. Seramai 285 orang guru dari sepuluh buah sekolah jenis
kebangsaan Tamil daerah Tangkak dan Muar, Johor telah dipilih secara rawak sebagai
sampel kajian ini kerana terdapat banyak permintaan dari guru-guru SJK(T) dari daerah
ini untuk berpindah ke negeri lain. Penyelidik menggunakan Teacher Stress Inventory oleh
Boyle et al. 1995 sebagai instrumen untuk mengukur tekanan kerja guru manakala bagi
mengukur kedudukan faktor-faktor yang .....