UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Jahidih Saili |
1 | 2015 article | Hubungan antara tahap kemahiran al-Quran guru dan pencapaian tajwid al-Quran pelajar KKQ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Hashim Azmil, Saili Jahidih, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kemahiran al-Quran guru Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) dan pencapaian pelajar dalam pelajaran tajwid al-Quran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 134 orang pelajar KKQ terlibat dalam kajian ini. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik. Kesahan data dilakukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan nilai korelasi pearson bagi pemboleh ubah yang dikaji. Melalui kajian rintis yang dijalankan, didapati kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach berada pada tahap tinggi iaitu >0.80. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat hubungan signifikan pada tahap yang rendah antara tahap kemahiran al-Quran guru dengan pencapaian tajwid al-Quran pelajar. Justeru, kemahiran ini perlu dikuasai dan ditingkatkan oleh guru KKQ kerana ia merupakan salah sa..... 810 hits |
2 | 2015 thesis | Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru kelas khas kemahlran membaca dan menghafaz al-Quran (KKQ) di Lembah Klang Jahidih Saili Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal kandungan bagi pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru KKQ di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik. Seramai 43 orang guru KKQ terlibat dalam 'cajian ini. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi tintuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Melalui kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach didapati berada pada tahap tinggi iaitu >0.80. Secara keseluruhannya, guru KKQ mempunyai tahap pengetahuan pedagogikal kandungan yang tinggi dalam kelima-lima elemen pengetahuan pedagogikal kandungan pengajaran tajwid al-Quran iaitu elemen pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan terhadap pelajar, pengetahuan kurikulum dan kemahiran al-Qura..... 1286 hits |