UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Jamaludin Nasir Romli
12024
Article
Gaya kepimpinan laissez-faire dan kesan terhadap tingkah laku keselamatan dalam kalangan paramedik di Lembah Klang
Jamaludin Nasir Romli
Kajian ini mengkaji kesan gaya kepimpinan laissez-faire terhadap tingkah laku keselamatan dalam kalangan paramedik ambulans di Lembah Klang. Melalui analisis data yang diperoleh, hasil kajian menunjukkan penilaian yang sangat tinggi terhadap gaya kepimpinan ini, dengan purata min 4.62, yang mencadangkan kecenderungan kuat untuk membenarkan kebebasan individu tanpa campur tangan ketara daripada pihak pengurusan. Responden kajian menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap cara kerja yang sedia ada dan cenderung kurang mengambil berat tentang tindakan orang lain kecuali hal-hal yang dianggap penting. Walau bagaimanapun, kekurangan pengawasan aktif yang berkaitan dengan gaya kepimpinan laissez-faire berpotensi meningkatkan risiko keselamatan, terutama dalam situasi di mana pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan ialah kritikal. Artikel ini membincangkan implikasi hasil kajian terhadap keselamatan operasi paramedik serta keperluan untuk penambahbaikan dalam struktur pengawasan or.....

72 hits

22024
Article
Memperkasakan pengurusan petugas ambulans di lembah klang pendekatan kepimpinan transformasional
Jamaludin Nasir Romli
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepimpinan transformasional di kalangan petugas ambulans di Lembah Klang serta hubungannya dengan tingkah laku keselamatan dan iklim keselamatan di tempat kerja. Menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dan inferens, data dikumpul melalui soal selidik yang melibatkan petugas ambulans dari pelbagai hospital di Lembah Klang. Kaedah pensampelan strata berlapis digunakan bagi memastikan representasi proporsional setiap hospital dalam sampel kajian. Instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik MLQ6 yang menilai dimensi-dimensi kepimpinan transformasional seperti pengaruh ideal, motivasi inspirasi, rangsangan intelektual, dan pertimbangan individu. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional di kalangan petugas ambulans secara keseluruhan adalah tinggi, dengan dimensi "Rangsangan Intelektual" dan "Pertimbangan Individu" mencatatkan skor tertinggi. Analisis lanjut menunjukkan bahawa kepimpinan transformasional secara sig.....

81 hits

32024
Article
Kesan iklim keselamatan terhadap penyertaan paramedik lembah klang implikasi bagi pengurusan yang lebih efektif
Jamaludin Nasir Romli
Kajian ini menilai hubungan antara iklim keselamatan dan penyertaan keselamatan dalam kalangan pekerja paramedik di Lembah Klang, dengan memberi tumpuan kepada elemen pengurusan dalam memperkukuhkan budaya keselamatan. Dari perspektif pengurusan, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana peranan kepimpinan, strategi pengurusan risiko, serta sistem pemantauan keselamatan dapat mempengaruhi penyertaan pekerja dalam memastikan kepatuhan kepada amalan keselamatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik yang diadaptasi untuk mengumpulkan data daripada paramedik di pelbagai stesen penyelamat di Lembah Klang. Analisis data dilakukan menggunakan teknik statistik seperti korelasi dan regresi bagi menentukan hubungan antara iklim keselamatan dan penyertaan keselamatan, serta kesan faktor demografi terhadap kedua-dua elemen ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa iklim keselamatan yang positif, yang diperkukuhkan melalui polisi yang jelas, latihan keselamatan yang b.....

78 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.