UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Jaslinah Makantal |
1 | 2012 thesis | Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain: satu kajian kes di sebuah prasekolah Jaslinah Makantal Kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak prasekolah berdasarkan tiga objektif utama iaitu untuk mengenal pasti aspek kemahiran sosial yang diperolehi kanak-kanak semasa bermain, untuk mengenal pasti tahap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain dan untuk meneliti pandangan ibu bapa terhadap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk kualitatif. Sampel kajian adalah seramai enam kanak-kanak berumur enam tahun yang terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan. Seramai dua guru dan dua ibu bapa juga terlibat dalam kajian ini. Kajian melibatkan pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti aspek dan tahap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain. Temu bual semi berstruktur juga digunakan bagi meneliti pandangan guru dan ibu bapa berkaitan kemahiran sosial yang diperolehi kanak-kanak semasa bermain. Selain itu, kaedah analisis dokumen digunakan bagi menyokong dan melengkapkan maklumat yang diperolehi melalui..... 1024 hits |