UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 1
Simplified search suggestions : Jeffri Haron
12014
thesis
Estetika set tirai latar babak teater bangsawan koleksi Rahman B.
Jeffri Haron
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika Melayu pada set tirai latar babak teater bangsawan koleksi Rahman B dalam aspek motif dan rupabentuk, serta falsafah dan nilai kepercayaan Melayu. Konsep seni rupa Melayu dijadikan sebagai panduan semasa proses pengumpulan dan analisis data dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah temu bual, artifak dan bahan teks. Bahan artifak terdiri daripada enam set tirai latar babak teater Bangsawan yang telah melalui proses saringan tertentu. Hasil kajian menunjukan unsur-unsur alam semulajadi merupakan suatu sumber yang dekat dengan masyarakat Melayu dan mempengaruhi kehidupan dan kesenian orang Melayu yang dijelmakan menerusi rupa dan motif kerawang berupa corak dan rupa flora. Nilai kepercayaan dan mitos masyarakat Melayu juga mempengaruhi set-set tirai latar babak teater Bangsawan Rahman B. Secara kesimpulan, kajian ini menjelaskan tentang kepentingan .....

949 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.