|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Joekryno Joni |
| 1 | 2024 Thesis | Tahap pengetahuan sikap dan kesediaan belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun di Daerah Batang Padang Perak Joekryno Joni Kajian ini merupakan kajian secara kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan belia di daerah Batang Padang terhadap pengundian seawal umur 18 tahun sejajar dengan pelaksanaan Undi18 di negara ini. Tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan 462 orang belia yang berumur 18 hingga 20 tahun di daerah Batang Padang. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min manakala bagi statistik inferens ujian yang digunakan ialah korelasi Pearson dan Regresi berganda. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan belia berada pada tahap yang tinggi. Tahap sikap dan kesediaan pula berada pada tahap yang sederhana. Hasil analisis juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dengan tahap sikap belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap kesediaan belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun serta terdapat hubungan yang sig..... 6 hits |