|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Jonna Randog |
| 1 | 2015 Thesis | Tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching Jonna Randog Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kejadian tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid
tingkatan I hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching berdasarkan
jantina, kaum dan tingkatan. Seramai 330 orang murid telah dijadikan respondan dengan menjawab satu
set soalan soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian yang merangkumi semua objektif,
persoalan dan hipotesis kajian ini. Model kajian Olweus (1978) telah digunakan sebagai teori
kajian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif Semua responden
dikehendaki menjawab semua item dalam set soalan soal selidik yang telah diberikan.
Maklumat yang diperolehi daripada kaji selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan
program SPSS Ver. 21. Kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan inferensi digunakan
dalam menganalisis data. Soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan de..... 463 hits |