UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Jumairianto Desi Ariyanti Eka Saputri |
1 | 2016 thesis | Penerapan pendidikan matematik realistik Indonesia di sekolah rendah Jumairianto, Desi Ariyanti Eka Saputri Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerapan Pendidikan Matematik Realistik Indonesia (PMRI) dalam pengajaran matematik di sekolah rendah di Indonesia. Kajian ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi guru. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif kaedah dengan kajian kes. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara persampelan bertujuan iaitu melibatkan tiga orang guru matematik sekolah rendah di daerah Banjarmasin, Indonesia. Pengumpulan data didapati melalui pemerhatian pengajaran kelas, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Proses pemerhatian kepada setiap peserta dilaksanakan sebanyak tiga kali proses pengajaran kelas. Sesi temu bual dijalankan sebelum dan selepas sesi pemerhatian pengajaran kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian telah merancang PMRI secara bertulis dan lisan sebelum pelaksanaan pengajaran kelas. Manakala, dalam pelaksanaan pengajaran kelas, peserta kajian didapati menerapkan PMRI dengan ..... 432 hits |