|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Karmina Abd Rahman |
| 1 | 2018 Thesis | Keberkesanan strategi pengajaran menggunakan projektor ortogon terhadap pencapaian dalam topik pelan dan dongakan Matematik tingkatan 5 Karmina Abd Rahman Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon
(PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahan
manipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi menguji
keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar bagi topik Pelan dan Dongakan dalam subjek Matematik
tingkatan 5. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-ujian pasca digunakan
bagi menjawab soalan kajian. Seramai 60 orang pelajar dipilih daripada dua buah kelas tingkatan
lima di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Pelajar daripada kumpulan
rawatan menjalani proses intervensi menggunakan PO manakala pelajar daripada kumpulan kawalan telah
melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara tradisional. Dapatan kajian berdasarkan
analisis ujian-t membuktikan terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor kumpulan rawatan (M =
86.40; SP..... 1850 hits |