AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri buli siber dalam kalangan murid di Daerah Samarahan,Sarawak Tujuh jenis buli siber dalam kajian ini ialah buli siber melalui mesej teks, gambar atau klip video, panggilan telefon, email, bilik smebang, mesej segera dan laman web. Data diperoleh melalui pensampelan bertujuan melibatkan 322 orang murid tingkatan empat di semua sekolah menengah di Daerah Samarahan, Sarawak. Rekabentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Cyberbullying Questionnaire (CBQ).
Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (IBM-SPSS) versi ke-23. Keputusan kajian menunjukkan lebih separuh daripada responden pernah menjadi mangsa buli siber iaitu 61.8% (n = 199) berbanding yang tidak dibuli sebanyak 38.2% (n = 123). Dapatan kajian turut mengemukakan ciri-ciri buli siber bagi pemahaman yang lebih kukuh. KKajian ini mencadangkan pihak sekolah, ibu bapa, guru dan rakan sebaya agar memahami ciri-ciri buli siber yang berlaku dalam kalangan mur.....