UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
12017
Thesis
Pembinaan model falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional
Mohd Khaidir Abdul Wahab
Kajian ini dilakukan untuk membina satu model penyatupaduan nasional melalui sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa. Dalam model ini, elemen falsafah bahasa akan diserapkan ke dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan kesedaran penyatupaduan nasional dalam kalangan murid. Tiga objektif utama ialah meninjau kebolehlaksanaan pembangunan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional, menghasilkan model prototaip dan menilai pelaksanaannya untuk penyatupaduan nasional. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Design and Development Research Approach yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini berpandukan Model Falsafah Pendidikan Bahasa oleh Awang Sariyan dan Model Falsafah Bahasa oleh Mohd Rashid Md Idris yang telah diteliti berdasarkan dua teori teras falsafah bahasa, iaitu Teori Relativiti Bahasa oleh Edward Sapir dan Benjamin .....

2538 hits

22021
Article
Penentuan tingkat kekerabatan dan abad pisah antara bahasa Melayu dengan bahasa Murut Tahol: penerapan kaedah glotokronologi
Mohd Khaidir bin Abdul Wahab
Etnik Murut mempunyai banyak sub seperti Tahol atau Tagal, Paluan, Baukan, Timugon, Kolod, Naabai, Sembakung, Serudung, Kalabakan dan sebagainya. Masyarakat Murut Tahol merupakan sub yang terbesar dalam kaum Murut. Suku kaum Murut Tahol kebanyakannya menetap di daerah Nabawan suatu daerah pedalaman yang terletak di bahagian selatan negeri Sabah. Kajian ini akan meneliti hubungan kekerabatan dan abad pisah antara bahasa Murut Tahol dengan bahasa Melayu melalui cara penyenaraian kosa kata asas kedua-dua bahasa tersebut dengan menggunakan kaedah perbandingan leksikostatistik dan penerapan kaedah glotokronologi. Kaedah ini dapat menentukan kadar peratusan kata berkerabat dengan cara menghitung jumlah kosa kata berkognat melalui penelitian secara kualitatif aspek retensi dan inovasi. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini akan memanfaatkan senarai 200 kata Morris Swadesh. Namun begitu, kajian ini hanya meneliti perubahan bahasa dan bukannya bertujuan untuk memperoleh gambaran b.....

610 hits

32024
Thesis
Amalan kepimpinan distributif pengetua dalam meningkatkan prestasi kerja guru dan cabaran yang dihadapi di Sekolah Menengah atas negeri Maumere Indonesia
Khaidir
Penyelidikan dijalankan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan distributif pengetua dalam meningkatkan prestasi kerja guru. Selain itu, penyelidikan dijalankan untuk mengenal pasti amalan prestasi kerja guru yang berkaitan dengan kompetensi pedagogi, keperibadian, profesional, dan sosial pada dimensi visi misi dan matlamat, budaya sekolah, tanggung jawab dan amalan kepimpinan sekolah, serta cabarancabaran amalan kepimpinan distributif yang dihadapi di sekolah. Kaedah kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes dengan kaedah pensampelan bertujuan di tiga buah sekolah menengah atas negeri di Maumere, Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Sampel kajian melibatkan 3 orang pengetua, 2 orang guru di setiap sekolah dan ibu bapa pelajar. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen seterusnya dilakukan transkripsi data dan analisis data melalui penyajian data; pengurangan data; penggabungjalinan data; dan kesimpu.....

10 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.