|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Kodri Madang |
| 1 | 2018 Thesis | Kesan kaedah STAD terhadap pencapaian pembelajaran zoologi,sikap dan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih di Universiti Sriwijaya Kodri Madang Kajian ini bertujuan membandingkan kesan antara kaedah pengajaran Student Teams-
Achievement Division (STAD) dengan kaedah tradisional terhadap pencapaian
pembelajaran zoologi, sikap saintifik, dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB)
dalam kalangan guru pelatih di Universiti Sriwijaya. Pendekatan kuantitatif
menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen telah dijalankan selama tujuh minggu
terhadap tujuh topik. Sampel terdiri daripada 85 orang guru pelatih Pendidikan
Biologi Universiti Sriwijaya yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 42 orang
dalam kumpulan rawatan dan 43 orang lagi dalam kumpulan kawalan. Kumpulan
rawatan diberikan kaedah STAD manakala kumpulan kawalan diberikan perkuliahan
dengan kaedah tradisional. Kesan STAD terhadap pencapaian zoologi diukur dengan
menggunakan ujian aneka pilihan manakala sikap saintifik pula diukur dengan soal
selidik. Kesan terhadap KPSB dikur dengan menggunakan soalan yang diadaptasi
daripada TIPS (Test of Integrated Process Skil..... 866 hits |