UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Komathy Vayapuri
12015
Thesis
Analisis masalah sosial dalam cerpen karya M.Ramaiah
Komathy Vayapuri
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah sosial masyarakat India yang dipaparkan dalam cerpen M.Ramaiah. Tiga objektif kajian ditetapkan untuk mengukuhkan penyelidikan ini ialah mengenal pasti masalah sosial yang dipaparkan, menganalisis tujuan penggunaan masalah sosial dan menilai kesesuaian masalah sosial yang dibincangkan dalam cerpen-cerpen M.Ramaiah dengan cara kehidupan moden masyarakat India di Malaysia. Kajian ini telah menggabungkan dua kaedah secara bersepadu iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual. Kaedah kepustakaan melibatkan analisis teks yang berpandukan kepada 38 buah cerpen. Kaedah temu bual pula digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai tujuan penggunaan sesuatu masalah sosial dalam cerpen M.Ramaiah. Di samping itu, dua modul teori menjadi asas kajian ini iaitu teori pencerminan Georg Lukacs dan teori genetik Lucian Goldmann. Hasil dapatan objektif pertama ialah mengenal pasti 24 jenis masalah sosial daripada 38 buah cerpen yang telah dipilih bagi tujua.....

1987 hits

22021
Thesis
Tanda dalam cerpen-cerpen terpilih karya M.Ramaiah
Komathy Vayapuri
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tanda, menganalisis kesan penggunaannya yang mempunyai hubungan korelasi objek-objek kepada pembaca dan menginterpretasikan kaitannya dengan budaya masyarakat Tamil dalam 40 buah cerpen terpilih M. Ramaiah. Kajian ini ialah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Analisis dan perbincangan dibuat berpandukan teori semiotik Charles Sanders Peirce. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 66 jenis tanda yang dikenal pasti mempunyai hubungan dengan 38 jenis objek dalam 40 buah cerpen terpilih M.Ramaiah. Antara tanda ini, 59 jenis yang didapati mempunyai kaitan dengan budaya masyarakat Tamil dapat diinterpretasikan, manakala tujuh pula tidak dapat diinterpretasikan. Kesimpulannya, hasil penelitian menunjukkan bahawa kesemua tanda ini mendukung mesej dan amanat yang unik, istimewa dan mendalam yang dapat membuka minda pembaca. Implikasinya, kajian semiotik ini bukan sahaja memaparkan kepent.....

2763 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.