|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Komathy Vayapuri |
| 1 | 2015 Thesis | Analisis masalah sosial dalam cerpen karya M.Ramaiah Komathy Vayapuri Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah sosial masyarakat India yang dipaparkan dalam cerpen M.Ramaiah. Tiga objektif kajian ditetapkan untuk mengukuhkan penyelidikan ini ialah mengenal pasti masalah sosial yang dipaparkan, menganalisis tujuan penggunaan masalah sosial dan menilai kesesuaian masalah sosial yang dibincangkan dalam cerpen-cerpen M.Ramaiah dengan cara kehidupan moden masyarakat India di Malaysia. Kajian ini telah menggabungkan dua kaedah secara bersepadu iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual. Kaedah kepustakaan melibatkan analisis teks yang berpandukan kepada 38 buah cerpen. Kaedah temu bual pula digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai tujuan penggunaan sesuatu masalah sosial dalam cerpen M.Ramaiah. Di samping itu, dua modul teori menjadi asas kajian ini iaitu teori pencerminan Georg Lukacs dan teori genetik Lucian Goldmann. Hasil dapatan objektif pertama ialah mengenal pasti 24 jenis masalah sosial daripada 38 buah cerpen yang telah dipilih bagi tujua..... 1987 hits |
| 2 | 2021 Thesis | Tanda dalam cerpen-cerpen terpilih karya M.Ramaiah Komathy Vayapuri Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tanda, menganalisis kesan penggunaannya
yang mempunyai hubungan korelasi objek-objek kepada pembaca dan
menginterpretasikan kaitannya dengan budaya masyarakat Tamil dalam 40 buah
cerpen terpilih M. Ramaiah. Kajian ini ialah kajian kepustakaan yang menggunakan
kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Analisis dan perbincangan dibuat
berpandukan teori semiotik Charles Sanders Peirce. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa sebanyak 66 jenis tanda yang dikenal pasti mempunyai hubungan dengan 38
jenis objek dalam 40 buah cerpen terpilih M.Ramaiah. Antara tanda ini, 59 jenis yang
didapati mempunyai kaitan dengan budaya masyarakat Tamil dapat diinterpretasikan,
manakala tujuh pula tidak dapat diinterpretasikan. Kesimpulannya, hasil penelitian
menunjukkan bahawa kesemua tanda ini mendukung mesej dan amanat yang unik,
istimewa dan mendalam yang dapat membuka minda pembaca. Implikasinya, kajian
semiotik ini bukan sahaja memaparkan kepent..... 2764 hits |