UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Latha Murugusu
12015
Thesis
Nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan dari perspektif teori moral
Latha Murugusu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai kemanusiaan, menganalisis unsur pengajaran, dan meneliti aspek kesan terhadap watak dan perwatakan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan yang akan dikaji ialah Thavathin Valimai, Thi:pangkal:, dan Mu.Anpucelvan Citukathaikal: yang berjumlah empat belas buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Moral digunakan untuk mengkaji kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat lapan nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Antara lapan nilai kemanusiaan, sebanyak empat buah cerpen mempunyai nilai keinsafan, tiga buah cerpen ada mengandungi nilai pengorbanan dan dua buah cerpen mempunyai nilai kasih sayang. Nilai tanggungjawab, nilai pemurah, nilai ketaatan, nilai membantu dan nilai bermaruah hanya ada pada sebuah cerpen. Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini membawa mesej yang mendalam bagi membina sahsiah diri.....

811 hits

22023
Thesis
Kepengarangan Mu. Anbuchelvan dari perspektif teori teksdealisme
Latha Murugusu
Kajian ini bertujuan untuk meneliti keunggulan kepengarangan Mu.Anbuchelvan terhadap lima kumpulan cerpen yang memuatkan 49 buah karya yang dihasilkan dari tahun 1971 hingga 2008. Objektif kajian ialah meneliti kehadiran subjek dan persoalan, menghuraikan perlanggaran dan pengukuhan dalam cerpen dan menilai pencapaian pengarang mengikut kriteria teori teksdealisme. Analisis dilakukan dengan menggunakan teori sastera teksdealisme untuk melihat mutu dan keunggulan teks pengarang. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, prinsip perlanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip keperibadian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati pengarang memanfaatkan pengalaman sendiri, penyelidikan, persekitaran, pembacaan, penglihatan, pendengaran dan latar pekerjaan dalam menghasilkan lima kumpulan cerpen. Pelbagai subjek dan persoalan diutarakan dalam 49 buah.....

255 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.