UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Laura Beruin |
1 | 2022 thesis | Retorik puisi geliga dalam membudayakan masyarakat Iban: analisis teori budaya dan stilistik Laura Beruin Retorik leka main geliga merupakan salah satu puisi peringatan tentang adat dalam
kalangan masyarakat Iban. Puisi geliga dilafazkan sebelum bermulanya perayaan
gawai dan majlis perkahwinan. Penghuni rumah panjang dan tetamu diingatkan tentang
adat melalui puisi geliga yang berkaitan dengan tingkah laku dan boleh dikenakan
denda jika di antara mereka didapati melanggar adat tersebut. Penyelidikan ini
dijalankan untuk mengenal pasti jenis leka main geliga rakyat Iban, merungkai fungsi
leka main geliga rakyat Iban berdasarkan teori budaya dan menganalisis gaya bahasa
pengulangan kata dalam geliga rakyat Iban berdasarkan teori stilistik. Dapatan data
diperoleh daripada data-data bersifat kualitatif menerusi temu bual, pemerhatian dan
perpustakaan dengan menggunakan teori budaya dan teori stilistik oleh Mana Sikana
(2013) berdasarkan pendekatan meneliti aspek latar budaya teks, meneliti perjuanganperjuangan
individu dan kefahaman pembaca. Seramai sembilan responden yang
terlibat..... 1391 hits |