UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Lee Siew Chin |
1 | 2021 Thesis | Pembelajaran berasaskan permainan digital meningkatkan pemahaman murid terhadap pembelajaran alam sekitar Lee, Siew Chin Kajian ini adalah untuk menilai kebolehgunaan permainan Edu-Environment dalam
membantu pelajar Tingkatan 1 memahami topik mengenai alam sekitar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seremban. Dalam kajian ini, pembangunan permainan Edu-
Environment adalah berdasarkan kepada model ADDIE. Pendekatan kuasi eksperimen
telah diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 80 orang murid dipilih sebagai responden.
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Setiap kumpulan diberi kaedah rawatan yang berbeza di mana kumpulan
kawalan menggunakan kaedah konvensional dan kumpulan rawatan menggunakan
permainan digital. Data dikumpul melalui ujian pra-pasca dan soal selidik serta
dianalisis menggunakan ujian-T dua kumpulan sampel tak bersandar. Dapatan kajian
ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara markah pencapaian kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Hasil dapatan yang diperoleh telah
menunjukkan kumpulan rawatan telah mencatat ..... 4528 hits |
2 | 2020 Thesis | Penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran kosa kata Bahasa Cina dalam kalangan murid tahun tiga di sekolah kebangsaan Lai, Siew Chin Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknologi multimedia
terhadap pencapaian, minat dan motivasi murid-murid terhadap pembelajaran kosa kata Bahasa Cina
dalam kalangan murid Tahun 3 di sekolah kebangsaan. Pendekatan kuantitatif, iaitu reka bentuk kuasi
eksperimen digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada 69 orang murid-murid Tahun 3
di sekolah kebangsaan di dua buah sekolah di Kuala Lumpur. Kumpulan kawalan terdiri daripada 32
orang murid- murid yang diajar dengan cara konvensional manakala kumpulan rawatan terdiri daripada
37 orang murid-murid yang diajar dengan cara penggunaan teknologi multimedia. Dua jenis instrumen
kajian digunakan iaitu ujian pencapaian dan soal selidik. Ujian pra dan ujian pasca telah
dijalankan kepada kedua–dua kumpulan. Soal selidik dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap minat dan
motivasi murid sebelum dan selepas rawatan. Data dianalisis dengan kaedah inferensi, iaitu ujian-t.
Pengujian..... 1828 hits |