|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Lee Eng Chiat |
| 1 | 2021 Thesis | Pola psikologi orang tahanan dibawah akta pencegahan jenayah (POCA) 1959 melalui interpretasi Art Drawing-House-Tree-Person Lee, Eng Chiat Kajian ini dijalankan untuk menganalisis Pola Psikologi Orang Tahanan di bawah Akta
Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 melalui interpretasi Art Drawing–House-Tree-
Person (AD-HTP) di sebuah Pusat Pemulihan Khas yang terletak di Bentong, Pahang.
Kajian ini adalah untuk memahami pola psikologi orang tahanan dari segi perhubungan
keluarga, perkembangan hidup dan juga konsep kendiri melalui interpretasi lukisan
projektif AD-HTP bagi mengenal pasti corak pemikiran dan tingkah laku yang
menjurus kepada perlakuan jenayah. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan
seramai sembilan orang tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan
mempunyai empat orang informan. Data kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan
kaedah temu bual semi struktur, pemerhatian langsung dan analisis dokumen. Kesemua
data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan berpandukan kepada Visual Model
Data Analysis dan juga proses triangulasi. Hasil kajian daripada analisis lukisan
projektif AD-..... 1261 hits |
| 2 | 2025 Thesis | Kesan modul perubahan padigma berdasarkan terapi kognitif tingkah laku ke atas kesedaran kendiri persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan pesalah jenayah Lee,Eng Chiat Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur kesan Modul Perubahan Paradigma (MPP) berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT) ke atas kesedaran kendiri, persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan pesalah jenayah. Keberkesanan intervensi MPP dinilai dari segi peningkatan skor min bagi kesedaran kendiri, persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan kumpulan rawatan melalui ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini dijalankan terhadap pesalah jenayah yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan di sebuah penjara di daerah Pokok Sena, Kedah. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dengan melibatkan 80 pesalah jenayah yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (n=40) dan kumpulan kawalan (n=40). Responden dalam kumpulan rawatan mengikuti MPP selama dua hari, yang terdiri daripada sembilan sesi, lapan strategi dan 11 aktiviti. Data dikutip menggunakan Instrumen Perubahan Paradigma (IPP) yang mengandungi sembilan sub skala dan..... 4 hits |