UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

Simplified search suggestions : Lubis Muhammad Bukhari
1
Abstract
Salah satu suku bangsa dari rumpun Melayu yang turut berhijrah ke Malaysia ialah kaum Mandailing. Sebagai pengamatan awal kertas ini mencuba menganalisis sebab masyarakat Mandailing di Malaysia tidak menggunakan marga (nama subsuku dalam masyarakat Mandailing) dan kerana itu sukar mengenai sesama kaum Mandailing, juga membahas beberapa watak pokok dalam keperibadian Mandailing. Kertas ini turut menjelaskan tanggapan masyarakat Mandailing di Malaysia tentang watak-watak tersebut, sikap terhadap penguasaan bahasa Mandailing yang semakin menurun, pandangan tentang adat perkahwinan dan ‘adat mangupa’ serta persembahan seni muzik tradisional yang diberi nama ‘gordang sembilan’...
Conference Item Published 2004 1006 hits Available
2
Abstract
Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini pula melalui pelbagai sistem ejaan. Sebagai susulan kepada perkembangan tulisan Jawi ini, lahirlah Khat Islami. Lebih tepat digelar seni khat Islami daripada istilah khat Arab (Muhammad Bukhari Lubis, 1995: 34). Sebenamya di Alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya Khat Islami juga berkembang dan diminati oleh kebanyakan orang. Oleh sebab itu contoh-contoh hasil tulisan ini boleh dilihat dalam pelbagai bahan seperti kertas, ubin, marmar, kayu, bulu ayam, bulu kambing, kaca dan sebagainya (boleh didapati daripada Koleksi Bukhari Lubis). Tempat atau ruang yang menerima tulisan khat ini adalah seperti buku, majalah, bangunan, dewan, kedai, iklan, papan tanda bandar atau jalan; dan tidak ketinggalan, malah yang terpenting, masjid (Muhammad Bukhari Lubis, 1995b: 32-34). Ini membuktikan bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa tokoh Khat Islami ini. Ada yang terlatih di negara kita sahaja, dan tidak kurang yang.....
Book Section Published 2006 3807 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.