AbstractTujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan antara
kepimpinan distributif (KD), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan efikasi
kendiri guru (EKG) di sekolah kebangsaan negeri Selangor. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti KPP sebagai mediator terhadap hubungan antara KD dan EKG.
Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan 459 responden yang dipilih di sekolah
kebangsaan negeri Selangor untuk menjawab soal selidik secara talian. Data kajian
dianalisis menggunakan AMOS Structural Equation Modeling (SEM) versi 24.0.
Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi kepimpinan distributif, Komuniti
Pembelajaran Profesional dan efikasi kendiri guru berada pada tahap tinggi. Model KD
disahkan dengan tujuh faktor iaitu organisasi sekolah, visi sekolah, budaya sekolah,
program instruksional, artifak, kepimpinan guru dan kepimpinan guru besar. Bagi
Model KPP sebanyak lima faktor dapat dimuatkan iaitu perkongsian sokongan
kepimpinan, perkongsian nilai.....