UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mad Islaihi Sabdari |
1 | 2017 thesis | Kompetensi guru bimbingan dan kaunseling berpandukan model pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Mad Islaihi Sabdari Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dari aspek kompetensi pengetahuan dan kompetensi kemahiran berpandukan Model Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (Model KPM). Kajian ini turut bertujuan mengukur tiga bidang kompetensi GBK iaitu bidang penghantaran, bidang pengurusan dan pentadbiran dan bidang pengurusan program. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur korelasi antara kompetensi GBK dengan tempoh perkhidmatan. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dan melibatkan sampel seramai 205 GBK di negeri Sabah yang dipilih secara rawak mudah daripada 437 populasi. Data dikumpul menggunakan Inventori Kompetensi Guru Kaunseling (IKGK) secara atas talian yang telah diuji dan disahkan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, dan seterusnya analisis kuantitatif secara deskriptif menggunakan peratusan dan min, serta analisis inferensi menggunakan statistik ..... 1071 hits |