AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pendidikan yang dihadapi oleh
watak-watak utama dalam novel-novel Re. Karthigesu, menganalisis strategi-strategi
yang diambil oleh watak-watak utama dalam novel-novel Re. Karthigesu berdasarkan
Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970) serta mengkaji keberkesanan strategi
keperluan hierarki dengan pencapaian pendidikan watak utama dalam novel-novel
terpilih. Novel-novel tersebut ialah Vaanathu Veligal (1981), Thediyirukum
Tharunanggal (1993), Anthima Kaalam (1998), Kadhalinaal Alla (1999) dan
Sudhattam Aadum Kaalam (2005). Analisis tersebut telah dikaji dengan lima
keperluan seperti dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow iaitu keperluan fisiologi,
keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan harga diri dan keperluan
penyempurnaan diri. Reka bentuk kajian adalah kaedah kualitatif yang terdiri
daripada dua kaedah iaitu kaedah teks dan kaedah perpustakaan. Dari segi kaedah
pengumpulan data, kajian ini dikaji dengan meng.....