AbstractProses penciptaan sebuah karya bermula daripada pengalaman batin pengarang melihat kehidupannya dari aspek sosial, budaya, politik, ekonomi, keagamaan, moral, mahupun gender. Lantaran itu, hasil penulisannya itu yang sering kali diwarnai dan didasari oleh oleh sikap, latar belakang dan keyakinan dan kepercayaan pengarang itu sendiri. Salah satu aspek yang menarik untuk kita kaji dalam karya yang dihasilkan ialah kehadiran watak dan perwatakan wanita. Kajian ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa karya-karya sastera oleh pengarang lelaki sering menggambarkan wanita dengan tidak adil. Oleh itu, penelitian ini cuba menyelami sejauhmana pendirian ini menonjol dalam karya Re. Karthigesu dan melihat adakah kebenaran dalam tanggapan seumpama ini. Di samping itu, kajian ini juga cuba mendekati watak dan perwatakan wanita dalam novel Anthima kaalam membuktikan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman, suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka yang dicemari oleh ketidakadilan. Da.....