UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Marsilah Anum Marham |
1 | 2016 Article | Keterlibatan murid kolej vokasional berpencapaian rendah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik menerusi pendekatan ‘Q-Methodology Marham Marsilah Anum, Mohd Ayub Ahmad Fauzi, Ahmad Tarmizi Rohani, Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan ya..... 2928 hits |
2 | 2022 Article | Teacherss practices in teaching and learning algebraic problem solving Marsilah Anum Marham Algebraic problem solving is one of the important areas in learning mathematics. However, the result shows that student’s performance in algebra mainly in solving problem is not satisfying. This study had two folds aim that are capturing teacher’s view on the teaching and learning algebraic problem solving and also to grasp the idea whether the teacher have implicitly implemented problem posing strategy in a classroom. Thus, the objectives of this study are 1) to gain teacher practices in teaching and learning algebraic problem solving, 2) to find out the difficulties faced by teachers while teaching Form Two students to solve algebraic problem solving, and 3) to find out whether the teachers have implicitly imposed problem posing strategy in a classroom. Participants in the study were 8 experienced teachers who were been teaching mathematics especially mathematics Form Two syllabus and have teaching experience for more than five years. Data were gathered through qualitative techni..... 439 hits |
3 | 2023 Article | Kesahan modul Algebra berasaskan strategi penjanaan masalah (MA-SPM) Marsilah Anum Marham Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan modul algebra berasaskan strategi penjanaan masalah yang dikenali sebagai MA-SPM. Model instruksional ADDIE dijadikan sandaran untuk proses pembangunan modul MA-SPM. Modul MA-SPM dibina berdasarkan kerangka model aktif Xie dan Masingila (2017). Seramai enam orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan kandungan modul dan kesahan aktiviti modul manakala tujuh orang pakar menilai kesahan bahasa modul bagi menentukan kesahan muka dari sudut perkataan, laras bahasa dan juga ayat dalam setiap soalan yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan modul MA-SPM yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi (kesahan kandungan = 87.50%, kesahan bahasa = 86.43% dan kesahan kandungan aktiviti = 86.43%).
Kata Kunci: Kesahan modul, modul algebra, strategi penjanaan masalah.. 205 hits |
4 | 2023 Thesis | Pembangunan modul Algebra berasaskan strategi penjanaan masalah dan kesannya terhadap kefahaman Algebra murid tingkatan dua Marsilah Anum Marham Kajian ini bertujuan membangunkan modul algebra berasaskan strategi penjanaan
masalah (MA-SPM) menggunakan model ADDIE bagi dua tajuk algebra Tingkatan
Dua. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti kesan modul MA-SPM terhadap kemahiran
penyelesaian masalah algebra dan kefahaman algebra murid. Reka bentuk kaedah
gabungan ‘embedded design mixed method’ yang terdiri daripada kajian kuasi
eksperimen dan kajian kes digunakan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah
pensampelan rawak mudah dan pensampelan bertujuan. Kajian kuasi eksperimen
melibatkan 31 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid kumpulan kawalan.
Manakala dua orang murid dipilih sebagai responden untuk kajian kes. Dapatan kajian
menunjukkan kumpulan rawatan meningkat lebih tinggi dalam semua aspek kemahiran
penyelesaian masalah berbanding kumpulan kawalan. Seterusnya, kajian kes melalui
temu bual klinikal mendapati murid menunjukkan tingkah laku menyelesaikan masalah
yang lebih baik pada tahap kefahaman â€..... 156 hits |