|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 3 |
| Simplified search suggestions : Masliza Siti Ramli |
| 1 | 2020 Article | Analisis keperluan untuk membangunkan Modul Pembelajaran Berasaskan Challenge dalam mempelajari Matematik bagi murid tingkatan 4 Masliza Siti Ramli Analisis keperluan penting dalam membangunkan sesuatu produk bagi memastikan produk yang dibina dapat memenuhi keperluan pengguna. Kajian ini dilakukan bagi menganalisis keperluan dan spesifikasi modul berdasarkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Challenge (PBC) untuk murid tingkatan 4. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah melibatkan 39 orang guru yang mengajar matematik tingkatan 4 di seluruh Malaysia. Instrumen kajian ini ialah Soal Selidik Analisis Keperluan Kaedah PBC.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan 81.5% guru memerlukan modul pembelajaran berasaskan challenge bagi pembelajaran Matematik tingkatan 4. Selain itu, 95.7% guru telah memilih Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan sebagai tajuk pilihan. Kesimpulannya, terdapat keperluan membangunkan modul kaedah pembelajaran berasaskan challenge ini..... 1231 hits |
| 2 | 2023 Article | Kesahan modul pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan kaedah pembelajaran berasaskan cabaran bagi tajuk Matematik pengguna Masliza Siti Ramli Kajian ini adalah bertujuan mentadbir kesahan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengintegrasikan kaedah Pembelajaran Berasaskan Cabaran (PBC). Modul ini juga dikenali sebagai modul CHABLE (CHAllenge Based Learning) dalam pembelajaran tajuk Matematik Pengguna. Dalam kajian ini reka bentuk kajian yang digunakan adalah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan atau Develop and Design Research (DDR). Modul CHABLE ini menggunakan gabungan model ADDIE dan model Gerlach dan Ely. Modul yang dibina ini mengandungi empat unit pembelajaran yang terdapat dalam tajuk Matematik Pengguna. Tajuk-tajuk tersebut adalah simpanan dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang, perancangan dan pengurusan kewangan serta pelan kewangan peribadi. Bagi mencapai objektif kajian, kesahan modul telah ditaksirkan kepada pakar bidang dengan cara mengenalpasti kesesuaian pengisian modul. Dua instrumen digunakan iaitu Soal Selidik Kesahan Kandungan (SSKK) dan Soal Selidik Penilaian Modul (SSPM). Analisis kesah..... 713 hits |
| 3 | 2025 Thesis | Pembangunan dan pengujian modul chable bagi tajuk Matematik pengguna terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir murid tingkatan empat Masliza Siti Ramli Pembelajaran Berasaskan Cabaran (PBC) adalah pendekatan yang berpusatkan murid, di mana murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul berintegrasikan PBC dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian Matematik Pengguna, Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis (KBSK) murid Tingkatan 4. Modul ini dinamakan Modul CHABLE iaitu singkatan kepada CHAllenge Based LEarning. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan dan dilaksanakan melalui tiga fasa. Pada Fasa Analisis Keperluan, soal selidik melibatkan 39 guru matematik ditadbir bagi mengenal pasti keperluan membangunkan modul PBC. Seterusnya, Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan melibatkan pembangunan Modul CHABLE berdasarkan model ADDIE dan model Gerlach dan Ely. Kesahan kandungan modul ditentukan oleh tiga pakar, manakala penilaian modul melib..... 57 hits |