UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 8
Simplified search suggestions : Mazdi bin Marzuki
12006
Book Section
Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....

3084 hits

22006
Book Section
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti .....

1146 hits

32006
Book Section
Kajian impak pembangunan terhadap alam sekitar di Lembah Bernam (Tanjong Malim)
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi,
Dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan dan ia sering dikaitkan dengan proses pembangunan ekonomi dan sektoral yang berlaku di sesebuah negara atau wilayah. Dalam usaha memastikan arus pembangunan perdana sampai kepada seluruh masyarakat, kerajaan mengambil pendekatan mewujudkan kawasan/koridor pembangunan baru khususnya ke bahagian selatan dan utara dari Lembah Kelang. Dalam hal ini. Lembah Bemam menjadi fokus utama kerana kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur-Ipoh-Pelabuhan Kelang. Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang dan mula bertapak di Lembah Bernam seperti Taman Perindustrian Bernam, Behrang 2020 dan Bandar Proton. Lembah Bernam agak unik dari segi kedudukan kerana melibatkan kepentingan dua negeri antara Selangor dan Perak, berada di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai banyak sistem saliran yang menyokong sungai utama, iaitu Sungai Bernam, iklim mikro yang agak dingin, persekitaran yang masih seles.....

2205 hits

42014
Article
Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah
Marzuki Mazdi, Mapjabil Jabil, Mohd Zainol Rosmiza,
Pelajar Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti untuk ke sekolah dalam kalangan pelajar Orang Asli di daerah Tapah. Kajian dilakukan terhadap pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah yang merupakan dua buah sekolah yang paling ramai pelajar Orang Asli. Kajian melibatkan penggunaan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual dengan guru serta maklumat daripada Sistem Maklumat Murid. Hasil kajian mendapati bahawa pengangkutan awam disediakan kepada pelajar Orang Asli seperti bas sekolah dan trak. Namun begitu, operasi perkhidmatan pengangkutan yang disediakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti, bilangan dan perkhidmatan. Dari segi jarak, secara purata pelajar Orang Asli terpaksa melakukan per.....

1144 hits

52015
Article
Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia
Mapjabil Jabil, Abd Razak Ratna Roshida, Marzuki Mazdi, Mohd Zainol Rosmiza,
Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Is.....

1225 hits

62019
Article
The potential of rice straw in agricultural activities in the Mada Region of Kedah, Malaysia
Mazdi Marzuki
Ineffective straw management by open field burning, leaving it on the field, and dumping it in landfill causes serious environmental degradation and adversely affects public health. This study assesses the level of farmers’ knowledge on straw potential and the benefits of using straw in agricultural activities. Descriptive analysis was carried out on 160 farmers in the Muda Agricultural Development Authority (MADA) agricultural region in Kedah who manage straw in an environmentally-friendly manner. Results show that most of farmers lack knowledge in using straw in agricultural activities. The interviews revealed that the re-use of straw in the agricultural activities would enhance soil quality, improve the growth quality of plant, improve livestock and seedling germination, increase yield production; and reduce the cost of farm management. Given the economic value and high potential, straw could stimulate the wider rural economy through added-value as well as generally increase the s.....

851 hits

72024
Article
Co-Curriculum Activities and National Integration During The Movement Control Order In Malaysia
Encik Khairulghufran bin Kaspin, Intan Suria binti Hamzah, Mohd Syariefudin bin Abdullah, Mazdi bin Marzuki
In Malaysia, school activities were disrupted from 2020-2021 due to the enforcement of the Movement Control Order (MCO) in response to the COVID-19 pandemic that hit the country. It caused many things to be temporarily disrupted including co-curriculum activities at school. Therefore, this study was conducted to examine pupils’ perceptions of the co-curriculum activities carried out by the school during the MCO and the effect of those activities on national integration among the pupils. It was quantitative research using a set of questionnaires as its research instrument. The research location was at Tanjong Malim, Perak, Malaysia where five secondary schools were selected. A total of 487 pupils, consisting of 243 Form two pupils and 244 pupils Form four pupils represented various ethnic and religious backgrounds. As a result, the study found that the national integration process was incorporated well through the co-curriculum activities even though the activities were conducted thro.....

41 hits

82024
Article
Mobility Issues Among the Elderly in Kota Kinabalu, Sabah: An Initial Study
Mazdi bin Marzuki
Ageing has become an issue of concern in developing countries such as Malaysia. Senior citizens are still able to contribute to employment, albeit with mobility demands. The purpose of this study is to explore mobility issues among the elderly. This study used a mixed-method approach. Purposive sampling survey forms were delivered to 644 people aged 60 years and above. The study interviewed three informants to support the research’s findings. Data analysis used descriptive and inferential approaches, such as percentages, mean scores and cross-tabulation. The results revealed that health had become a major mobility issue. Their limited access to public transport and unfamiliarity with Information and Communication Technology (ICT) has limited their choices of transportation, such as e-hailing services. Most have strong support from their families or children to reach their destinations. However, not all elderly have access to a private car and do not live with children or other family.....

22 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.