|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Maziah Ismail |
| 1 | 2026 Thesis | Penerapan dimensi moral melalui pembelajaran teradun dalam Pendidikan moral sekolah rendah Maziah Ismail Kajian ini bertujuan menyelidik penerapan pembelajaran teradun dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah yang merangkumi tiga domain utama iaitu penaakulan moral, emosi moral dan amalan moral secara holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Seramai 12 orang murid Tahun Empat daripada pelbagai latar belakang kaum terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual, pemerhatian secara langsung, dan catatan jurnal. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran teradun yang mengintegrasikan teknologi dapat meningkatkan kemampuan murid untuk berfikir secara moral (penaakulan moral), malah menunjukkan kepekaan emosi dan kesedaran terhadap nilai sejagat (emosi moral). Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa murid lebih cenderung untuk mengamalkan nilai moral secara konsisten dan kontekstual (amalan moral). Ternyata kajian ini menyerlahkan ..... 8 hits |