UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mazlinda Muhamad |
1 | 2015 thesis | Penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat di sekolah-sekolah daerah Besut Mazlinda Muhamad Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat. Fokus kajian ini adalah terhadap sepanduk di bahagian hadapan sekolah yang meliputi reka bentuk, struktur peragaan dan lokasi peragaan sepanduk. Penyelidikan ini melibatkan sepuluh buah sekolah dalam daerah Besut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kajian kes yang digunakan adalah kajian kes deskriptif dan eksploratori. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi kaedah temu bual, sebanyak sepuluh orang guru seni daripada sepuluh buah sekolah telah dipilih secara rawak. Penyelidik juga membuat sesi temu bual bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk mendapatkan maklumat berkaitan arahan menghasilkan sepanduk. Temu bual berbentuk separa struktur dilakukan. Kaedah pemerhatian dilakukan dengan melihat respons audiens terhadap sepanduk yang dipamerkan di sekolah-sekolah terpilih. ..... 627 hits |