|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Mohammad Abu Bakar |
| 1 | 2025 Thesis | Amalan pedagagi pengajaran dalam kalangan guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain di Malaysia Mohammad Abu Bakar Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap, perbezaan, hubungan, sumbangan, menganalisis pengesahan faktor, pengaruh dan membina model amalan pedagogi pengajaran dalam kalangan GPI KAFA di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan sejumlah 400 orang GPI KAFA sebagai responden menggunakan kaedah tinjauan serta pensampelan rawak berstrata daripada lima zon. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh sembilan pakar kandungan dan nilai kebolehpercayaan instrumen dengan nilai Alpha Cronbach _ = 0.973. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi iaitu ujian-t, Anova, Korelasi, regrasi dan SEM-AMOS digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan interpretasi amalan pedagogi pengajaran berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa kecekapan sosial dalam kalangan GPI juga amat baik. Dapatan perbezaan amalan pedagogi pengajaran terhadap jantina dan ..... 8 hits |
| 2 | 2024 Thesis | Pembinaan dan kesahan Modul Kaunseling Kelompok berdasarkan Teori Gestalt untuk meningkatkan penghargaan kendiri murid sekolah menengah Rapidah A Bakar Kajian ini bertujuan membina dan memperoleh kesahan Modul Kaunseling Kelompok berdasarkan Teori Gestalt (MKKTG) untuk meningkatkan penghargaan kendiri murid sekolah menengah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan atau Design and Development Research (DDR) yang mempunyai tiga fasa. Fasa pertama ialah analisis keperluan, manakala fasa kedua adalah berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan modul berdasarkan kajian literatur dan dapatan analisis daripada fasa pertama kajian. Terdapat sembilan sesi dan dua belas aktiviti telah dibina yang menjurus kepada aspek peningkatan penghargaan kendiri murid. Seterusnya, fasa ketiga ialah pelaksanaan dan penilaian yang melibatkan tujuh orang panel pakar dalam bidang pendidikan, psikologi dan kaunseling. Keputusan data analisis keperluan dengan menggunakan Soal Selidik Penghargaan Kendiri Rosernberg (1965), memaparkan seramai 152 daripada 250 responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada ..... 556 hits |