UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Mohammad Nurulanuar Hussin
12022
Article
Penerapan komponen kemahiran literasi awal dalam kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak prasekolah berumur 5 dan 6 tahun
Mohammad Nurulanuar Hussin
Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran awal yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah untuk memastikan proses pembelajaran mereka berkembang sihat dan lancar. Kemahiran membaca dan menulis dapat dikuasai oleh kanak-kanak apabila mereka mendapat pendedahan awal dalam kemahiran literasi awal seawal kanak-kanak tersebut dilahirkan sehingga mereka mencapai usia enam tahun. Komponen kemahiran literasi awal yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah: (i) bahasa dan komunikasi, (ii) konsep cetakan dan cetakan persekitaran, (iii) fonemik dan fonetik, (iv) bacaan dan kefahaman naratif; dan (v) tulisan awal. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengupas kemahiran membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah yang berumur lima dan enam tahun bersandarkan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang termaktub di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Komponen kemahiran membaca di dalam KSPK Semakan 2017 terdiri daripada: .....

350 hits

22024
Article
Keberkesanan Pembangunan Modul Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah: Sorotan Literatur Bersistematik
Mohammad Nurulanuar Hussin
Pengetahuan dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah merupakan salah satu isu global yang sering disuarakan oleh para pengkaji terdahulu sehinggalah kini. Kajian ini adalah untuk mengkaji literatur berkaitan keberkesanan pembangunan modul pembelajaran untuk kemahiran membaca yang telah dihasilkan memberi impak kepada kemahiran dan penguasaan membaca kanak-kanak dan sejauh mana PdP menggunakan modul kemahiran membaca dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian ini dilaksanakan secara sistematik dan berpandukan kepada PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) untuk proses saringan artikel-artikel kajian yang terpilih dan dianalisis. Dua pangkalan data iaitu Research Gate dan Google Scholar digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 15 buah artikel telah terpilih dan dianalisis untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan modul pembelajaran untuk kemahiran membac.....

28 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.