UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Mohd Fazil bin Musa |
1 | 2023 Article | Pengkajian prinsip pelanggaran teori teksdelisme dalam teks drama Renjong Mohd Fazil bin Musa Kajian yang diperbincangkan kali ini telah memilih teks Kumpulan Drama Renjong yang akan dirungkaikan tentang prinsip pelanggaran Teori Teksdealisme yang berlaku terhadap unsur patriotisme. Sejak kebelakangan ini penghasilan teks berunsur patriotisme oleh beberapa pengkarya terkenal agak dingin dalam kalangan generasi baharu dan ini telah menarik minat pengkaji untuk melakukan kajian ke atas nilai patriotisme. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti bagaimana pelanggaran unsur patriotisme yang diterapkan dalam teks yang kemudiannya menghuraikan unsur patriotisme dalam teks sastera yang dipilih di samping menganalisis data dan seterusnya membuat rumusan seperti yang disasarkan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif berlandaskan prinsip pelanggaran dalam Teori Teksdealisme. Oleh yang demikian, secara tidak langsung teori Teksdealisme dapat menyerlahkan kepengarangan penulis dan penulisan karya sesuatu teks sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan unsur patriotisme be..... 116 hits |
2 | 2024 Article | Keunggulan kepengarangan drama Renjong berasaskan prinsip kehadiran Teori Teksdealisme Mohd Fazil Musa Kajian membincangkan tentang Teori Teksdealisme yang telah diilhamkan oleh pengkritik teks sastera tanah air iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana. Teori Teksdealisme merupakan teori asas dalam pengkajian teks sastera seperti teks drama, novel dan cerpen. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan elemen kehadiran dalam prinsip Teori Teksdealisme sebagai pendedahan awal bagi sesuatu kajian teks yang hendak dilakukan. Kefahaman Teori Teksdealisme boleh membantu penyelidikan dalam teks sastera yang ingin dikaji. Kepentingan kajian ini ialah Teori Teksdealisme dapat memberi panduan asas tentang instrumen yang sesuai dan boleh digunakan dalam proses kajian teks sastera. Teori Teksdealisme mengandungi prinsip-prinsip yang diketengahkan bagi pengukuran sesuatu teks sastera. Antara prinsip yang dibincangkan dalam kajian ini adalah prinsip kehadiran dan memberi fokus kepada aspek patriotisme yang terdapat dalam teks Kumpulan Drama Renjong. Penggunaan elemen kehadiran dar..... 19 hits |