AbstractTujuan kajian ini mengenal pasti peranan kepimpinan pengetua dan faktor kecemerlangan sekolah dalam mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah menengah agama swasta. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif tinjuan. Seramai 438 ibu bapa pelajar di Sek Men Agama, Institut Hafiz Klang, Selangor telah dipilih. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan peranan kepimpinan pengetua dalam mendefinisikan matlamat (M=4.23, SD = 0.03), mengurus program sekolah (M=4.59, SD = 0.41) dan membentuk iklim sekolah (M=4.28, SD = 0.44) mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Agama Swasta. Hasil kajian ini juga menunjukkan kepuasan terhadap sekolah (M=3.61, SD = 0.27), bermatlamatkan akademik (M= 3.62, SD = 0.25) dan kepercayaan nilai sekolah (M= 3.63, SD = 0.24) turut mempengaruhi ibu bapa menghantar anak ke sekolah ini. Manakala, analisis regresi logistik .....