AbstractKajian ini bertujuan membangunkan model pengurusan pentaksiran kanak-kanak di tadika dan prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen pengurusan pentaksiran dan meningkatkan kualiti pentaksiran bagi mengesan perkembangan kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah. Data kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM). Seramai 12 orang pakar pendidikan awal kanak-kanak dalam bidang pentaksiran dan penilaian dilibatkan untuk mengenal pasti dan mengesahkan elemen pengurusan pentaksiran kanak-kanak prasekolah yang bersesuaian. Pendekatan ISM diaplikasikan untuk membangun model dan memetakan hubungan antara elemen yang dikenal pasti dalam model pengurusan pentaksiran kanak-kanak prasekolah. Kajian ini juga dapat merungkai satu sistem yang kompleks kepada beberapa sub-sistem berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pakar yang dipilih. Dapatan kajian telah mencapai konsensus dalam memilih; (i) bentuk pentaksiran sebagai aktiviti ya.....