UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Noor Efendi Samsu |
1 | 2024 Thesis | Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sekolah menengah Mohd Noor Efendi Samsu Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam
kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Penilaian secara kuantitatif ini menggunakan model penilaian KIPP dan telah
dijalankan ke atas guru-guru PJK di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini menentukan
tahap pelaksanaan PBD PJK berdasarkan empat dimensi model penilaian iaitu Konteks,
Input, Proses dan Produk. Kajian ini juga mengukur pengaruh dimensi Konteks, Input,
Proses terhadap dimensi Produk, dan seterusnya menentukan peramal terbaik antara
ketiga-tiganya. Sejumlah 200 orang guru PJK di daerah Kota Setar dijadikan sampel
kajian ini berdasarkan kaedah pensampelan kluster. Soal selidik digunakan dalam
kajian ini bagi pengumpulan data kajian. Kesahan konstruk soal selidik ini dibuktikan
dengan nilai kolerasi skor dengan jumlah skor yang berada dalam julat 0.301 hingga
0.931. Kebolehpercayaannya pula dibuktikan dengan nilai Alfa Cronbach bagi
keselur..... 354 hits |