|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Mohd Norlizam Mohd Razali |
| 1 | 2017 Thesis | Penilaian program intervensi tambah opsyen (PITO) dalam kalangan guru Sejarah bukan opsyen di sekolah menengah Mohd Norlizam Mohd Razali Kajian ini adalah bertujuan menilai Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) dalam
kalangan guru Sejarah bukan opsyen di sekolah menengah dengan menggunakan model
penilaian CIPP. Pengesahan instrumen penilaian menggunakan model pengukuran
Rasch. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam
penilaian ini. Pemilihan subjek penilaian dijalankan secara census sampling iaitu
melibatkan 247 orang guru bukan opsyen yang pernah mengikuti PITO Sejarah dari
tahun 2011-2013 seluruh negara. Instrumen penilaian yang digunakan ialah borang soal
selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis
deskriptif menjelaskan sumber, aktiviti dan tahap kepuasan pengajaran guru, manakala
statistik inferensi pula melibatkan ujian-t dan ANOVA yang menerangkan perbezaan
dalam pembolehubah penilaian. Hasil penilaian menunjukkan bahawa sumber yang
digunakan dalam PITO dan aktiviti yang dijalankan dalam PITO menyumbang ke arah
peningkatan p..... 2792 hits |