UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Rahimi Abdul Razak |
1 | 2021 final_year_project | Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap kit pemudahcaraan (Chemcard) bagi tajuk kadar tindak balas Mohd Rahimi Abdul Razak Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pemudahcaraan bagi tajuk Kadar Tindak
Balas serta mengkaji persepsi guru pelatih kimia terhadap kandungan, reka bentuk dan
kebolehgunaannya. Responden kajian melibatkan 112 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Kimia (AT13). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang
soal selidik yang terdiri daripada kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan kit
pemudahcaraan. Data dianalisis secara statistik deskriptif yang mana menunjukkan nilai
purata min bagi setiap konstruk berada pada tahap yang baik iaitu kandungan kit (3.86),
reka bentuk kit pemudahcaraan (3.86) dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan (3.82).
Kesimpulannya, majoriti responden memberikan persepsi yang positif terhadap
kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan ChemCard yang
dibangunkan. Implikasinya, kit pemudahcaraan ini boleh digunakan untuk menarik minat
pelajar dan digunakan sebagai bahan bantu mengajar berasaskan Pembelajaran Abad Ke-
21..... 2193 hits |