|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Mohd Sahardi Ismail |
| 1 | 2018 Thesis | Pembinaan dan validasi Instrumen Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Prasekolah menggunakan model pengukuran Rasch Mohd Sahardi Ismail Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Instrumen Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak Prasekolah (IPSP) untuk mengukur perkembangan sosioemosi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan skala likert empat mata. Responden terdiri daripada 710 orang guru dan 1250 kanak-kanak prasekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS, serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Draf awal instrumen yang dibangunkan mempunyai 53 item yang dibina berdasarkan model Miller daripada tiga konstruk iaitu mengurus emosi, membina emosi positif, dan membina hubungan sosial. IPSP menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui Principal Component Analysis (PCA) dan kesepadanan item seperti MNSQ dan polariti item (PTMEA). Hanya 32 item dikekalkan dalam draf akhir IPSP berdasarkan nilai PCA dan kesepadanan item. Keputusan PCA menunjukkan sebanyak 57.7% dengan varians dapatkan dijelaskan oleh item-item dalam..... 1103 hits |