AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi-puisi Tri-V (verbal,vokal,visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) menerusi penerapan teori sastera moden iaitu stilistik dan teksdealisme. Objektif kajian terarah kepada mengidentifikasi bentuk-bentuk deviasi, pemikiran serta individualisme yang terdapat dalam karya puisi beliau. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis kandungan berhubung unsur penyimpangan bahasa menerusi pendekatan Donald C. Freeman iaitu fonologi, leksikologi, sintaksis, semantik, morfologi dan grafologi. Analisis juga melibatkan teknik bacaan rapi terhadap empat buah kumpulan puisi AGI iaitu Tan Sri Bulan (1976), Tak Tun (1978), Yang Yang (1986) dan Takkan Hilang (2008) bagi mengenalpasti prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan serta individualisme penyair. Kajian mendapati variasi gaya bahasa serta penyimpangan yang dicipta oleh AGI dalam puisi-puisi Tri-V nukilan beliau banyak menyimpang daripada hukum tatabahasa dan aturan bent.....