UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

Simplified search suggestions : Mohd Sazali Ali
2
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  transformasi   yang  berlaku  dalam  blok  batik tembaga   oleh  seorang  adiguru  seni kraf  logam  yang  terkenal  dengan  memfokuskan pada  reka  corak,   reka  bentuk,  saiz,  bahan  dan  fungsi  blok  batik.  Transformasi  ini berlaku  sebagai  respon   terhadap kelesuan dan ketidaktentuan yang dialami oleh  para pembuat   blok   batik   di    Malaysia.   Pendekatan   kualitatif   melibatkan   kajian   kes digunakan  untuk mengumpul  data  kajian. Subjek kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah seorang adiguru blok batik tembaga  bemama Encik Ghani. Hasil penyelidikan ini menunjukkan  terdapat rancangan dan desakan yang  menjurus kepada transformasi blok  batik  tembaga.  Desakan  ini dikesan  akibat dari suasana   ketidaktentuan industri blok batik yang disebabkan oleh beberapa faktor antarabangsa. Transformasi   ini telah membuka  lembaran  dan nafas  b.....
Thesis Published 2019 3054 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar sekolah menengah generasi Felda di daerah Maran. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan antara faktor-faktor demografi dengan ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar. Pada masa yang sama, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar di samping menentukan hubungan faktor demografi dan ciri-ciri keusahawanan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar. Sebanyak 317 sampel daripada pelajar tingkatan 4 dipilih daripada 10 buah sekolah menengah di daerah Maran. Satu set soal selidik yang mengandungi 41 item digubal untuk meninjau ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar manakala 7 item untuk mengenal pasti aspirasi keusahawanan dalam kalangan pelajar. Ciri-ciri keusahawanan pelajar dikaji dalam 6 demensi iaitu keperluan kepada pencapaian, inovasi, kesanggupan mengambil risiko, lokus kaw.....
Thesis Published 2011 762 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional secara lebih signifikan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah. Kurangnya kajian empirikal di sekolah-sekolah menyebabkan isu keselamatan dan kesihatan yang timbul tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Model Teori Heinrich dan Teori Domino dijadikan sebagai tunjang kepada kajian ini. Rekabentuk kajian kuantitatif secara tinjauan digunakan untuk memperoleh data di lapangan. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi daripada Mazlan (2017) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (2018). Sebanyak 40 item telah digunakan untuk menentukan ukuran sikap, pengaruh dan penglibatan tenaga pengajar di Kolej Vokasional. Dapatan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk menjelaskan korelasi dan regrasi berdasarkan data. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan mengenai demogr.....
Thesis Published 2023 743 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.