UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin
1
Abstract
Kajian mengenai kepanikan pengguna media sosial merupakan salah satu bentuk kewujudan karekteristik emosi dalam kecenderungan personaliti, iaitu Neuroticisme. Dalam kecenderungan Neuroticisme, wujudnya karekteristik yang terdiri daripada kebimbangan, berpuas hati, emosional, selesa, cekal dan simpati. Kajian ini menggunakan Teori Big Five Personality, dengan menganalisis kiriman teks yang dikirimkan oleh remaja. Namun, dalam kajian ini hanya karekteristik emosional sahaja yang dilihat, iaitu melalui kiriman penulisan dalam media sosial. Kiriman penulisan berlandaskan karekteristik emosional dalam kalangan pengguna media sosial terhadap isu Covid 19 dianalisis pemaknaan teks yang disampaikannya dengan menggunakkan Model Lima Bahagian yang terdiri daripada persekitaran, pemikiran, rasa hati, tingkah laku dan tindak balas fizikal. Hasil analisis menunjukkan penyampaian karekteristik emosional melalui penulisan dan seterusnya menjadi medium pengantara komunikasi terhadap sikap kepanikan pe.....
Article Published 2020 727 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat intertekstualiti teks antara kedua-dua remaja yang berlainan gender. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisis menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva. Kajian-kajian berkaitan intertekstualiti ini banyak bertumpukan kepada karya-karya sastera terutamanya dalam penulisan novel, puisi dan sajak. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk melihat penggunaan teks dalam kiriman blog dan proses pemaknaan melalui teori intertekstualiti dalam penulisan kiriman blog oleh remaja berlainan gender. Dapatan kajian diperolehi melalui analisis terhadap kiriman blog dua orang remaja sepanjang tahun 2012 dan dapatannya dijalankan berdasarkan kajian kualitatif. Analisis dijalankan berdasarkan kepada empat rumus intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, iaitu terdiri daripada hipoteks adalah tradisional, hipoteks adalah pengarang sendiri, hipoteks adalah teks pengarang lain dan hipoteks adalah teks bukan kre.....
Article Published 2021 691 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.