AbstractKajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan (TK), Lukisan Kejuruteraan (LK) dan Reka Cipta (RC) daripada dimensi
input, proses dan produk menggunakan model CIPP sebagai kerangka konseptual kajian. Teori
penilaian Taba, Stake dan Hammond serta model Finch dan Crunkilton, Kirkpatrick dan Stenhouse
dijadikan panduan untuk memilih konstruk kajian iaitu kurikulum, prasarana, pengetahuan
dan kemahiran guru, kesediaan pelajar, peranan pentadbir, proses pelaksanaan, proses
pemantauan, proses pengajaran dan pembelajaran serta kompetensi pelajar. Reka bentuk kajian
ini adalah penilaian program. Pensampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih 712 responden
dari 137 buah Sekolah Menengah Harian yang terdiri daripada 159 pentadbir, 176 guru dan
377 pelajar. Instr.....