UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Mohd Taufek Harun
12020
article
Penilaian kualiti modul FZ-STEM: aspek kesahan dan kebolehpercayaan
Mohd Taufek Harun
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan Modul FZ-STEM yang telah dibangunkan mengikut Model Pembinaan Modul Sidek. Kesahan kandungan Modul FZ-STEM telah dinilai oleh sepuluh orang pakar bidang berkaitan pengajaran dan pembelajaran (pdp) dan pendidikan STEM. Bagi menguji kebolehpercayaan Modul FZ-STEM, kajian rintis dijalankan terhadap 40 orang murid di sebuah sekolah menengah. Murid mengikuti kesemua aktiviti yang dicadangkan dalam Modul FZ-STEM dan menjawab soal selidik kebolehpercayaan modul. Secara keseluruhannya, Modul FZ-STEM memperoleh kesahan kandungan yang baik serta kebolehpercayaan sangat baik masing-masing dengan nilai min keseluruhan kandungan 0.95 dan nilai alfa Cronbach 0.867. Pengkaji telah mengambil kira kesemua cadangan serta komen pakar dan melakukan penambah baikan supaya dapat digunakan sebagai modul pdp STEM yang berkesan.  Modul ini menjadi modul tambahan kepada modul integrasi STEM yang sedia ada dan menjadi rujukan kepada guru dan murid.....

616 hits

22022
thesis
Pembangunan modul FZ-STEM dalam topik Daya dan Gerakan serta keberkesanannya terhadap kemahiran abad ke-21 dan KBAT
Mohd Taufek Harun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul FZ-STEM dalam topik Daya dan Gerakan serta mengkaji keberkesanannya terhadap kemahiran abad ke-21 (KA-21) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Modul FZ-STEM ialah modul pembelajaran berasaskan projek yang diintegrasikan dengan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) bagi membangunkan modul serta kaedah kuasi eksperimen bagi menilai keberkesanan modul. Modul FZ-STEM yang dibangunkan memperoleh kesahan kandungan yang baik dengan nilai min pekali kesahan kandungan sebanyak 0.95 dan kebolehpercayaan yang sangat baik dengan nilai alfa Cronbach sebanyak 0.857. Kajian keberkesanan modul FZ-STEM terhadap KA-21 dan KBAT dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah Kerian, Perak. Kajian dijalankan selama 8 minggu melibatkan responden seramai 60 orang murid yang dipilih secara pensampelan rawak kelompok dan dibahagikan kepada dua kumpulan, ia.....

1334 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.